JIKA TIDAK DIPECAH RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA... BIAR GENGGAM BARA API SEHINGGA MENJADI ABU... KE GUNUNG SAMA DIDAKI... TAK SUNGGUH ORANG KATA KATA... ITU LAH JEJAK WARISAN JAWI... MEMBAWA SEMANGAT DAN KEGIGIHAN ANAK JATI BUMI MALAYSIA... inilah berita mengenai usaha mereka...

JEJAK WARISAN JAWI dianjurkan bersama oleh WARIS ALAM, BLACKWIND & MAJMAK

berita MEDIA

JWJ4 DI SELAMAT PAGI MALAYSIA - RTM1



21.3.2017 Selasa, Kuala Lumpur. Bual bicara dan persembahan budaya dari team Jejak Warisan Jawi di 'Selamat Pagi Malaysia'. Pengarah JWJ4 sdr Zaid Muhammad memberi penerangan mengenai cabaran yang bakal dilalui oleh JWJ4 kali ini. Perjalanan melalui jalan darat selama 100 hari dari Kuala Lumpur sehingga ke Jeddah dengan kenderaan pacuan 4 roda. Kali ini JWJ akan membawa pasukan persembahan budaya dalam konvoi yang terlama jangka masa pernah dilaksanakan.

Terima kasih RTM atas sokongan dan promosi melalui siaran 'Selamat Pagi Malaysia'.



JWJ4 DI ASTRO AWANI



17.2.2017 Jumaat, Kuala Lumpur. Sekali lagi team Jejak Warisan Jawi yang terdiri dari Pengarah JWJ4 sdr Zaid Muhammad bersama sdr Dalim Othman di kaca tv dalam Astro Awani ditemubual mengenai kembawa JWJ Kuala Lumpur - Jeddah 2017. Perjalanan 100 hari sejauh 24000km membawa pasukan persembahan budaya dari Waris Alam.

Terima kasih ASTRO AWANI atas sokongan dan promosi mengenai JWJ4.



JWJ4 DI 'RUANG BICARA' BERNAMA TV



3.2.2017 Jumaat, Kuala Lumpur. Pengarah Jejak Warisan Jawi sdr Zaid Muhammad bersama YM Tg Azmi Tg Muda selaku Pengerusi Waris Alam telah dijemput ke rancangan 'Ruang Bicara' Bernama TV membincangkan topik 'Salah Faham Terhadap Budaya'. Semoga perbincangan mereka ini dapat sedikit sebanyak menjelaskan bertapa pentingnya budaya dalam kehidupan dalam membina masyarakat yang harmoni.

Terima kasih BERNAMA TV atas sokongan dan promosi melalui siaran 'Ruang Bicara'.



JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) TIBA DI HARI MELAYU SEDUNIA (II)


RAJA Shahriman Raja Aziddin (kanan) menerima watikah pengisytiharan Hari Melayu 
Sedunia Kali Ke-2 daripada hulubalang Melayu sempena sambutan Maulidur Rasul 
dan pengisytiharan Hari Melayu 2016 di Laman Budaya Kuala Kangsar, hari ini. 
- UTUSAN ONLINE/SYEFRY MONIZ

12.12.2016 Isnin, Kuala Kansar. Konvoi JWJ4 siri Malaysia 1 tiba di waktu pagi semasa sambutan Hari Melayu Sedunia buat kali kedua. Team JWJ dan Waris Alam merupakan sebahagian anggota penganjur progarm ini. Program yang mendapat sambutan yang cukup hebat dari para aktivis budaya. Liputan dari pelbagai pihak media cukup baik sekali. Sidratul Enterprise merupakan penyumbang dana terbesar untuk program kali ini. 

Terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama. Link dari Utusan Malaysia.



JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) TIBA DI DARUL HANAN



11.12.2016 Ahad, Kepala Batas. Para konvoi JWJ4 siri Malaysia telah tiba di Darul Hanan, komplek warga emas bahagis yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Konvoi JWJ sempat menghibur para warga di sini dengan persembahan kompang dan sungguh menceriakan mereka.


Terima kasih atas kerjasama Berita Harian atas liputan.


JWJ4 DI BERITA HARIAN



GOMBAK: Seramai 20 peserta menyertai Latihan Jelajah Malaysia Siri 1 - Jejak Warisan Jawi 4 (JWJ 4) yang akan melalui empat negeri iaitu Pahang, Perak, Pulau Pinang serta Kedah, bermula hari ini. Latihan terbabit akan berlangsung selama dua hari bagi menjayakan pelbagai aktiviti termasuk persembahan budaya dan adat perkahwinan, sesi ramah mesra bersama warga emas di Darul Hannan, Pulau Pinang, serta taklimat kepada Maahad Tahfiz Al Firdausi, Perak. Malah, latihan itu juga sempena persiapan untuk Kembara Merentas Sempadan Kuala Lumpur - Jeddah JWJ 4 yang akan bermula pada 14 Jun tahun depan. 

Pengarah Projek JWJ 4, Zaid Muhammad Mohd Rais, berkata ia adalah siri kembara keempat yang akan merangkumi pelbagai aktiviti kebudayaan, kemanusiaan, kebajikan serta kemasyarakatan Melayu untuk diperkenalkan kepada orang luar. "JWJ 4 akan merentasi 15 negara dalam tempoh 90 hari sebelum tiba di Jeddah yang akan disertai oleh 32 peserta, terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO). "Sebanyak lapan buah kenderaan pacuan empat roda digunakan untuk perjalanan sejauh 24,000 kilometer," katanya ketika ditemui sebelum Latihan Jelajah Malaysia Siri 1 - JWJ 4 dilepaskan, di sini, hari ini. Beliau berkata, siri kembara JWJ 4 kali ini adalah lebih mencabar kerana kumpulannya akan cuba untuk merentasi Myanmar. "Walaupun Myanmar sedang mengalami konflik negara, kami berharap ia tidak menjadi halangan untuk ke negara Asia Barat bagi menjayakan misi ini," katanya. Zaid Muhammad berkata, siri jelajah kali ini turut merangkumi kajian sejarah berkenaan masyarakat dan budaya Melayu.



JWJ4 DI 'RUANG BICARA' BERNAMA TV



9.10.2016 Ahad, Kuala Lumpur. Pra Pelancaran JWJ telah terlaksana sudah di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak. Penerangan mengenai JWJ4 telah dibuat oleh Pengarah JWJ4 sdr Zaid Muhammad sementara acara ini mendapat liputan sepenuhnya oleh TV Hijah untuk rancangan 'Assalamualaikom'. Turut bekerjasama menjayakan program pra pelancaran JWJ ialah pihak Arkib Negara Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dan kepada pihak TV Hijrahatas sokongan dan promosi melalui mengenai projek besar ini, 'Jejak Warisan Jawi'.





JEJAK WARISAN JAWI
"tradition continues"
"tradisi diteruskan"



Tiada ulasan:

Catat Komen