JIKA TIDAK DIPECAH RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA... BIAR GENGGAM BARA API SEHINGGA MENJADI ABU... KE GUNUNG SAMA DIDAKI... TAK SUNGGUH ORANG KATA KATA... ITU LAH JEJAK WARISAN JAWI... MEMBAWA SEMANGAT DAN KEGIGIHAN ANAK JATI BUMI MALAYSIA... inilah berita mengenai usaha mereka...

JEJAK WARISAN JAWI dianjurkan bersama oleh WARIS ALAM, BLACKWIND & MAJMAK

berita PERTEMUAN

BERBINCANG DENGAN KEMENTERIAN


14.4.2017 Jumaat, Putrajaya. Team Waris Alam telah bermesyuarat di pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada petang tadi. Pelbagai program Waris Alam telah dibincangkan termasuk program Jejak Warisan Jawi ke4. Wakil kita yang terdiri dari Sdr Huzaimi, Sdr Zaid Muhammad, YM Tengku Azmi selaku Pengerusi Waris Alam dan Sdr Sofi.

Terima kasih kepada pihak kementerisan atas kesudian berbincang dengan pihak Jejak Warisan Jawi.


BERSAMA TUN ABDULLAH BADAWI



29.3.2017 Rabu, Kuala Lumpur. Team Jejak Warisan Jawi yang di wakili sdr Sofi dan sdr Huzaimi telah mengadap Tun Dato' Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di pejabat beliau bagi membincangkan mengenai program JWJ4. Tun amat bersetuju dengan maklamat dan hala tuju JWJ4 dan memberi sokongan terhadap program yang dianjurkan oleh Waris Alam ini. 

Pihak JWJ4 akan merujuk dengan Pertubuhan Kerjasama Islam atau Organisation of Islamic Coorperation (OIC) bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama dalam memudahkan urusan di negara-negara Islam yang bakal konvoi lawati nanti. 

Terima kasih Tun Dato' Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi atas kesudian menemui pihak Jejak Warisan Jawi.


BERSAMA MENTERI PELANCONGAN & KEBUDAYAAN MALAYSIA


25.3.2017 Sabtu, Kuala Kangsar. Team Waris Alam bersama pengarah JWJ4 telah mengadap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz di kediamannya untuk memberi penerangan pelbagai program Jejak Warisan Jawi

Menteri kita memberi sokongan terhadap program JWJ4 ini dan juga program 'Awang Kelana' yang turut dianjurkan oleh Waris Alam. Maka pelbagai perkara akan mula disusun bersama pihak kementerian agar program ini terlaksana dengan sebaiknya. 


Terima kasih Dato' Seri Mohamed Nazri atas kesudian menemui pihak Jejak Warisan Jawi.



JWJ4 BERSAMA PENASIHAT SOSIOBUDAYA KERAJAAN MALAYSIA



14.1.2017 Sabtu, Jelebu. Team Jejak Warisan Jawi yang diketuai oleh pengarahnya sdr Zaid Muhammad telah dijemput untuk membuat pameran budaya dan JWJ di Kampung Gagu, kampung kelahiran Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Penasihat SosioBudaya Kerajaan Malaysia. Team JWJ sempat beramah mesra dan memberi taklimat mengenai JWJ4 dan aktiviti Waris Alam  YAB Tan Sri amat berminat terhadap beberapa alat budaya dalam pameran JWJ dan bertanyakan hal alat tiupan 'tetuang'.

Terima kasih Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim atas atas jemputan dan kesudian melapangkan waktu untuk beramah mesra bersama pihak JWJ. 



BERBINCANG DENGAN DATIN MASTURA



12.12.2016 Isnin, Kuala Kangsar. Datin Mastura Abdul Yazid telah melawat pameran Jejak Warisan Jawi dan Waris Alam semasa di Sambutan Maulidurasul sempena Hari Melayu sedunia ke 2 di Kuala Kangsar. Datin Mastura telah mendapatkan buku 'Kias Tersirat' hasil penulisan sdr Herman Abdullah, buku mengenai Dunia Melayu dan pengembaraan JWJ sebelum-sebelum ini. Beberapa perkara sempat Pengarah JWJ4, sdr Zaid Muhammad berbincang bersama Datin Mastura.

Terima kasih Datin Mastura Abdul Yazid atas kesudian menemui pihak Jejak Warisan Jawi. 
 Link dari Utusan Malaysia.


BERSAMA DENGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA



16.10.2016 Ahad, Kuala Lumpur. Team JWJ sempat bertemu Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan beramah mesra semasa menghadiahkan buku 'Kias Tersirat' kepada PM Malaysia. Buku mengenai benua Melayu dan pengembaraan JWJ1-3 hasil penulisan sdr Herman Abdullah, salah seorang anggota Jejak Warisan Jawi.

Terima kasih Perdana Menteri Malaysia atas kesudian menemui pihak Jejak Warisan Jawi.







JEJAK WARISAN JAWI
"tradition continues"
"tradisi diteruskan"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan