JIKA TIDAK DIPECAH RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA... BIAR GENGGAM BARA API SEHINGGA MENJADI ABU... KE GUNUNG SAMA DIDAKI... TAK SUNGGUH ORANG KATA KATA... ITU LAH JEJAK WARISAN JAWI... MEMBAWA SEMANGAT DAN KEGIGIHAN ANAK JATI BUMI MALAYSIA... inilah berita mengenai usaha mereka...

JEJAK WARISAN JAWI dianjurkan bersama oleh WARIS ALAM, BLACKWIND & MAJMAK

berita AKTIVITI

WARIS ALAM MENGHADIRI PROGRAM KONGRES BUDAYA


16.4.2017 Sabtu, Bangi. wakil Waris Alam dan JWJ4 telah menghadiri majlis 'Kongres Budaya' yang di adakan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha menetapkan arah tuju budaya di Malaysia. Wakil Waris Alam turut mengutarakan pandangan dalam majlis tersebut untuk dikongsikan bersama.

Terima kasih kepada penganjur 'Kongres Budaya' atas jemputan ke program ini.


TEAM JWJ4 BERTEMU 'HIJRAH TANPA SEMPADAN'



2.4.2017 Ahad, Kuala Lumpur. Team Waris Alam telah menemui seorang pengembara Malaysia yang bergelar 'Beduk' dengan pengembaraannya 'Hijrah tanpa sempadan' mengelilingi dunia bermula sejak 2016 lagi. Team kami banyak menimba ilmu darinya untuk memastikan kembara kami semuanya berjalan lancar.

Terima kasih kepada pengembara 'Hijrah tanpa sempadan' atas ilmu dan kerjasama untuk team JWJ4.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (2) BERMULA



25.2.2017 Sabtu, Gombak. Perjalanan konvoi Jejak Warisan Jawi dalam JWJ4 siri2 Malaysia bermula dari Universiti Islam Antarabangsa Gombak pada awal 1.00 pagi. Bersama dengan 6 org pelajar dari UIA dan UniKL IPROM berlepas menghala ke arah pantai timur. Kali ini membawa misi memberi motivasi kepada pelajar Maahad Tahfiz di bukit Goh Kuantan, Sekolah Sains Kuala Terengganu, Anak yatim, SMKA Segamat. Peranan ahli WarisAlam pula ialah untuk membuat persembahan kebudayaan di tempat yg sama juga di UITM Jasin. JWJ4 juga turut akan menziarahi dan membuat sedikit kajian di Batu Bersurat Terengganu, Makam Dol Said dan Raja Melewar. Moga hasrat seterusnya terlaksana.

Terima Kasih kepada semua yang menberi kerjasama menjayakan JWJ4-M2 ini.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) TIBA DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI


12.12.2016 Isnin, Tapah. Konvoi JWJ4 siri Malaysia 1 dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, singgah di lokasi terakhir untuk menyampaikan sumbangan di perkampungan orang asli, batu 6, Tapah. 

Terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama dalam menghulurkan bantuan untuk diagihkan di sepanjang kembara JWJ4 siri Malaysia 1 kali ini.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) TIBA DI HARI MELAYU SEDUNIA (II)



12.12.2016 Isnin, Kuala Kansar. Konvoi JWJ4 siri Malaysia 1 tiba di waktu pagi semasa sambutan Hari Melayu Sedunia buat kali kedua. Team JWJ dan Waris Alam merupakan sebahagian anggota penganjur progarm ini. Program yang mendapat sambutan yang cukup hebat dari para aktivis budaya. Liputan dari pelbagai pihak media cukup baik sekali. Sidratul Enterprise merupakan penyumbang dana terbesar untuk program kali ini. 

Terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama. Link dari Utusan Malaysia.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) MELAWAT MUZIUM DIRAJA


11.12.2016 Ahad, Alor Star. JWJ4 siri Malaysia 1 turut melawat Muzium DiRaja Kedah yang terletak di bandar Alor Star secara rasmi. Mengambil pengetahuan mengenai kesultanan Raja-raja Kedah sebuah negeri yang tertua sekali di Semenanjung Tanah Melayu, sejak lebih seribu tahun yang lalu.

Terima kasih atas kerjasama pihak Muzium DiRaja Kedah.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) SINGGAH DI INSANIAH


11.12.2016 Ahad, Alor Star. JWJ4 siri Malaysia 1 telah mengadakan program bedah buku 'Kias Tersirat' oleh penulisnya sdr Herman Abdullah. Buku mengenai kembara JWJ1-3 dan Dunia Melayu. Siri bedah buku seperti ini diadakan untuk membuka mata dan pandangan para penuntut IPT Kolej Universiti Insaniah betapa pentingnya sejarah dan luasnya Alam Melayu.

Terima kasih atas kerjasama Kolej Universiti Insaniah.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) MENDAPAT KERJASAMA ZAKAT PULAU PINANG


11.12.2016 Ahad, Pulau Pinang. JWJ4 siri Malaysia 1 kali ini mendapat sokongan dan kerjasama yang cukup baik dari Zakat Pulau Pinang. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Agihan) ZPP, Ustaz Mohamad Kairi Ghazali turut menurunkan tandatangan pada kenderaan konvoi JWJ4 sebagai tanda sokongan ZPP.

Terima kasih atas kerjasama Zakat Pulau Pinang.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) MENDAPAT KERJASAMA ZAKAT PULAU PINANG


11.12.2016 Ahad, Kepala Batas. JWJ4 siri Malaysia 1 singgah untuk turut memeriahkan majlis berkathan secara beramai-ramai di masjid Kepala Batas. Kehadiran konvoi JWJ telah menguatkan semangat anak-anak yang bakal menjalani berkhatan.

Terima kasih atas kerjasama Zakat Pulau Pinang.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) TIBA DI DARUL HANAN


10.12.2016 Sabtu, Kepala Batas. Para konvoi JWJ4 siri Malaysia telah tiba di Darul Hanan, komplek warga emas bahagia yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Konvoi JWJ sempat menghibur para warga di sini dengan persembahan kompang dan sungguh menceriakan mereka.

Terima kasih atas kerjasama Zakat Pulau Pinang.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) TIBA DI TAPAH



10.12.2016 Sabtu, Tapah. Para konvoi JWJ4 siri Malaysia telah tiba di Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi yang terletak antara jalan Cemeron Highland dan Tapah. Konvoi JWJ mendapat sambutan yang cukup meriah dari para pegawai, guru dan pelajar. Setelah selesai membuat persembahan dan ceramah motivasi kira-kira jam 6.20 petang, pihak JWJ telah menyampaikan sumbangan pakej II kepada 30 orang pelajar di sini, hasil dari para penyumbang yang diamanahkan kepada konvoi JWJ.

Terima kasih atas kerjasama Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) 2016 MEMENUHI UNDANGAN



10.12.2016 Sabtu, Budu. Pasukan JWJ4 telah dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan di Budu, Pahang. Undangan dari Komander (B) Roslizan Ahmad Mahidin di penuhi untuk membuat perarakan istiadat Melayu tradisi serta persembahan seni silat tari pegantin dalam acara meraikan perkahwinan kedua anak beliau sekaligus. Majlis telah di adakan di Kem motivasi beliau sendiri, PPMI Darul Insan.

Terima kasih atas undangan tuan 
Komander (B) Roslizan.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) 2016 BERMULA



10.12.2016 Sabtu, Gombak. Bermula lah siri JWJ4 dengan meredah laluan Malaysia sebagai latihan pengembaraan yang bakal dilalui nanti ke Jeddah. Siri latihan ini tetap membawa misi yang pelbagai, kebajikan, kajian sejarah, persembahan budaya, ceramah dan lain-lainnya. Laluan bermula dari gombak, kemudian ke Pahang dan diteruskan ke Utara, Kedah dan Pulau Pinang. Konvoi JWJ siri Malaysia (1) akan menghakhir jelajah mereka ke sambutan Hari Melayu Sedunia yang bakal di adakan di Kuala Kangsar nanti pada hari Isnin sempena sambutan hari Mauludirasul.

Terima kasih atas kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Perkim dan Zakat Pulau Pinang.








JEJAK WARISAN JAWI
"tradition continues"

"tradisi diteruskan"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan