JIKA TIDAK DIPECAH RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA... BIAR GENGGAM BARA API SEHINGGA MENJADI ABU... KE GUNUNG SAMA DIDAKI... TAK SUNGGUH ORANG KATA KATA... ITU LAH JEJAK WARISAN JAWI... MEMBAWA SEMANGAT DAN KEGIGIHAN ANAK JATI BUMI MALAYSIA... inilah berita mengenai usaha mereka...

JEJAK WARISAN JAWI dianjurkan bersama oleh WARIS ALAM, BLACKWIND & MAJMAK

berita HARI INI

WARIS ALAM MENGHADIRI PROGRAM KONGRES BUDAYA


16.4.2017 Sabtu, Bangi. wakil Waris Alam dan JWJ4 telah menghadiri majlis 'Kongres Budaya' yang di adakan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha menetapkan arah tuju budaya di Malaysia. Wakil Waris Alam turut mengutarakan pandangan dalam majlis tersebut untuk dikongsikan bersama.

Terima kasih kepada penganjur 'Kongres Budaya' atas jemputan ke program ini.


BERBINCANG DENGAN KEMENTERIAN


14.4.2017 Jumaat, Putrajaya. Team Waris Alam telah bermesyuarat di pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada petang tadi. Pelbagai program Waris Alam telah dibincangkan termasuk program Jejak Warisan Jawi ke4. Wakil kita yang terdiri dari Sdr Huzaimi, Sdr Zaid Muhammad, YM Tengku Azmi selaku Pengerusi Waris Alam dan Sdr Sofi.

Terima kasih kepada pihak kementerisan atas kesudian berbincang dengan pihak Jejak Warisan Jawi.


BERSAMA TUN ABDULLAH BADAWI


29.3.2017 Rabu, Kuala Lumpur. Team Jejak Warisan Jawi yang di wakili sdr Sofi dan sdr Huzaimi telah mengadap Tun Dato' Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di pejabat beliau bagi membincangkan mengenai program JWJ4. Tun amat bersetuju dengan maklamat dan hala tuju JWJ4 dan memberi sokongan terhadap program yang dianjurkan oleh Waris Alam ini. 

Pihak JWJ4 akan merujuk dengan Pertubuhan Kerjasama Islam atau Organisation of Islamic Coorperation (OIC) bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama dalam memudahkan urusan di negara-negara Islam yang bakal konvoi lawati nanti. 

Terima kasih Tun Dato' Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi atas kesudian menemui pihak Jejak Warisan Jawi.


BERSAMA MENTERI PELANCONGAN & KEBUDAYAAN MALAYSIA


25.3.2017 Sabtu, Kuala Kangsar. Team Waris Alam bersama pengarah JWJ4 telah mengadap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz di kediamannya untuk memberi penerangan pelbagai program Jejak Warisan Jawi

Menteri kita memberi sokongan terhadap program JWJ4 ini dan juga program 'Awang Kelana' yang turut dianjurkan oleh Waris Alam. Maka pelbagai perkara akan mula disusun bersama pihak kementerian agar program ini terlaksana dengan sebaiknya. 


Terima kasih Dato' Seri Mohamed Nazri atas kesudian menemui pihak Jejak Warisan Jawi.



JWJ4 DI SELAMAT PAGI MALAYSIA - RTM1



21.3.2017 Selasa, Kuala Lumpur. Bual bicara dan persembahan budaya dari team Jejak Warisan Jawi di 'Selamat Pagi Malaysia'. Pengarah JWJ4 sdr Zaid Muhammad memberi penerangan mengenai cabaran yang bakal dilalui oleh JWJ4 kali ini. Perjalanan melalui jalan darat selama 100 hari dari Kuala Lumpur sehingga ke Jeddah dengan kenderaan pacuan 4 roda. Kali ini JWJ akan membawa pasukan persembahan budaya dalam konvoi yang terlama jangka masa pernah dilaksanakan.

Terima kasih RTM atas sokongan dan promosi melalui siaran 'Selamat Pagi Malaysia'.



JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (2) BERMULA


25.2.2017 Sabtu, Gombak. Perjalanan konvoi Jejak Warisan Jawi dalam JWJ4 siri2 Malaysia bermula dari Universiti Islam Antarabangsa Gombak pada awal 1.00 pagi. Bersama dengan 6 org pelajar dari UIA dan UniKL IPROM berlepas menghala ke arah pantai timur. Kali ini membawa misi memberi motivasi kepada pelajar Maahad Tahfiz di bukit Goh Kuantan, Sekolah Sains Kuala Terengganu, Anak yatim, SMKA Segamat. Peranan ahli WarisAlam pula ialah untuk membuat persembahan kebudayaan di tempat yg sama juga di UITM Jasin. JWJ4 juga turut akan menziarahi dan membuat sedikit kajian di Batu Bersurat Terengganu, Makam Dol Said dan Raja Melewar. Moga hasrat seterusnya terlaksana.

Terima Kasih kepada semua yang menberi kerjasama menjayakan JWJ4-M2 ini.


JWJ4 DI ASTRO AWANI



17.2.2017 Jumaat, Kuala Lumpur. Sekali lagi team Jejak Warisan Jawi yang terdiri dari Pengarah JWJ4 sdr Zaid Muhammad bersama sdr Dalim Othman di kaca tv dalam Astro Awani ditemubual mengenai kembawa JWJ Kuala Lumpur - Jeddah 2017. Perjalanan 100 hari sejauh 24000km membawa pasukan persembahan budaya dari Waris Alam.

Terima kasih ASTRO AWANI atas sokongan dan promosi mengenai JWJ4.



JWJ4 DI 'RUANG BICARA' BERNAMA TV



3.2.2017 Jumaat, Kuala Lumpur. Pengarah Jejak Warisan Jawi sdr Zaid Muhammad bersama YM Tg Azmi Tg Muda selaku Pengerusi Waris Alam telah dijemput ke rancangan 'Ruang Bicara' Bernama TV membincangkan topik 'Salah Faham Terhadap Budaya'. Semoga perbincangan mereka ini dapat sedikit sebanyak menjelaskan bertapa pentingnya budaya dalam kehidupan dalam membina masyarakat yang harmoni.

Terima kasih BERNAMA TV atas sokongan dan promosi melalui siaran 'Ruang Bicara'.



JWJ4 BERSAMA PENASIHAT SOSIOBUDAYA KERAJAAN MALAYSIA



14.1.2017 Sabtu, Jelebu. Team Jejak Warisan Jawi yang diketuai oleh pengarahnya sdr Zaid Muhammad telah dijemput untuk membuat pameran budaya dan JWJ di Kampung Gagu, kampung kelahiran Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Penasihat SosioBudaya Kerajaan Malaysia. Team JWJ sempat beramah mesra dan memberi taklimat mengenai JWJ4 dan aktiviti Waris Alam  YAB Tan Sri amat berminat terhadap beberapa alat budaya dalam pameran JWJ dan bertanyakan hal alat tiupan 'tetuang'.

Terima kasih Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim atas atas jemputan dan kesudian melapangkan waktu untuk beramah mesra bersama pihak JWJ.



JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) TIBA DI HARI MELAYU SEDUNIA (II)



12.12.2016 Isnin, Kuala Kansar. Konvoi JWJ4 siri Malaysia 1 tiba di waktu pagi semasa sambutan Hari Melayu Sedunia buat kali kedua. Team JWJ dan Waris Alam merupakan sebahagian anggota penganjur progarm ini. Program yang mendapat sambutan yang cukup hebat dari para aktivis budaya. Liputan dari pelbagai pihak media cukup baik sekali. Sidratul Enterprise merupakan penyumbang dana terbesar untuk program kali ini. 


Terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama. Link dari Utusan Malaysia.


JWJ4-M1 SIRI MALAYSIA (1) 2016 BERMULA



10.12.2016 Sabtu, Gombak. Bermula lah siri JWJ4 dengan meredah laluan Malaysia sebagai latihan pengembaraan yang bakal dilalui nanti ke Jeddah. Siri latihan ini tetap membawa misi yang pelbagai, kebajikan, kajian sejarah, persembahan budaya, ceramah dan lain-lainnya. Laluan bermula dari gombak, kemudian ke Pahang dan diteruskan ke Utara, Kedah dan Pulau Pinang. Konvoi JWJ siri Malaysia (1) akan menghakhir jelajah mereka ke sambutan Hari Melayu Sedunia yang bakal di adakan di Kuala Kangsar nanti pada hari Isnin sempena sambutan hari Mauludirasul.

Terima kasih atas kerjasama Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaPerkim dan Zakat Pulau Pinang.



BERSAMA DENGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA



16.10.2016 Ahad, Kuala Lumpur. Team JWJ sempat bertemu Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan beramah mesra semasa menghadiahkan buku 'Kias Tersirat' kepada PM Malaysia. Buku mengenai benua Melayu dan pengembaraan JWJ1-3 hasil penulisan sdr Herman Abdullah, salah seorang anggota Jejak Warisan Jawi.

Terima kasih Perdana Menteri Malaysia atas kesudian menemui pihak Jejak Warisan Jawi.



PRA PELANCARAN JWJ4 MENDAPAT LIPUTAN TV HIJRAH



9.10.2016 Ahad, Kuala Lumpur. Pra Pelancaran JWJ telah terlaksana sudah di Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak. Penerangan mengenai JWJ4 telah dibuat oleh Pengarah JWJ4 sdr Zaid Muhammad sementara acara ini mendapat liputan sepenuhnya oleh TV Hijah untuk rancangan 'Assalamualaikom'. Turut bekerjasama menjayakan program pra pelancaran JWJ ialah pihak Arkib Negara Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dan kepada pihak TV Hijrah atas sokongan dan promosi melalui mengenai projek besar ini, 'Jejak Warisan Jawii'.





JEJAK WARISAN JAWI
"tradition continues"
"tradisi diteruskan"